 |
PERNIAGAAN
Dalam dunia pantas Perniagaan, Perdagangan dan Teknologi hari ini, kemahiran bahasa Inggeris adalah penting. Kebolehan berhubung dengan para pelanggan, pekerja dan pembekal dalam bahasa ibunda mereka merupakan satu kelebihan daya saing yang nyata. Lesson For Life menawarkan kandungan fleksibel dan versatil untuk memenuhi keperluan para eksekutif dan pekerja anda.
Lessons For Life – Bahasa Inggeris sesuai untuk:
Pendidikan dan Penempatan Semula Esekutif
CD-ROM & DVD-ROM Lessons For Life adalah program mampu diri yang mudah disuaikan ke dalam jadual sibuk para esekutif. Belajar apa yang anda mahu bila anda mahu.
Makmal Mengajar
Lessons For Life – Bahasa Inggeris ialah satu perisian ideal untuk kegunaan dalam makmal mengajar anda. Ia versatil dan fleksibel.
Latihan Tenaga Jual
Lessons For Life boleh memendekkan masa yang diperlukan untuk menguasai kemahiran bahasa Inggeris seperti bertutur dan mendengar.
Program ESL
Oleh kerana tiada terjemahan, Lessons For Life menggerakkan pengguna secara langsung ke arah kecekapan tidak mengira kefasihan mereka dalam bahasa ibunda mereka.
GAMBARAN KESELURUHAN
Program Lessons For Life - Bahasa Inggeris ialah pembelajaran bahasa multimedia yang menyelami dan menyeluruh serta memenuhi setiap gaya pembelajaran persendirian. Program Lessons For Life – Bahasa Inggeris direka untuk membantu para peniaga yang tidak mempunyai masa menyertai kursus formal bahasa Inggeris atau boleh digunakan seiring dengan kursus berdasar guru sebagai tambahan kepada pelajaran formal.
* Seronok dan Mudah Digunakan
Belajar bahasa Inggeris dengan berkesan sambil anda berseronok. Antara muka mesra pengguna dengan navigasi mudah, segerak hati dan jelas.
* Mampu Diri
Belajar dengan selesa dan mudah secara mampu diri.
* Pembelajaran Berkesan
Rekaan interaktif dan arahan inovatif yang diperintiskan oleh Lessons For Life memastikan anda sentiasa terlibat di peringkat optima bagi mempermudahkan pembelajaran bahasa berkesan.
* Bahagian Utama
• Menyeluruh: Meliputi semua kemahiran penting
• Kandungan berdasar sukatan yang diiktiraf antarabangsa
• Piawai Loghat Pertuturan Bahasa Inggeris orang Amerika
• Gaya pembelajaran persendrian dipertimbangkan
• Antara muka yang mudah, mengikut gerak hati dan navigasi jelas dalam bahasa Inggeris
• 4 kemahiran bahasa: membaca, menulis, bertutur dan mendengar
• Aktiviti-aktiviti interaktif
• Berbagai jenis latihan: pilihan berganda, isi tempat kosong, pemadanan dan banyak lagi
• Klip audio dengan sokongan teks bertulis
• Pembelajaran berdasar tajuk
• Perbualan harian amali
• Watak animasi dalam sekitaran hidup nyata
• Keupayaan melihat, mendengar perbualan yang boleh dihenti dan dimainkan di mana-mana bahagian
• Berlatih sebutan, pembentukan dan penggunaan semua bahagian nahu
• Bantuan rujukan nahu
• Beberapa muka surat mengenai Peraturan dan bayangan menerangkan bagaimana nahu berfungsi
• Permainan Interaktif untuk membantu anda memperbaiki ingatan, kosa kata dan mengeja anda.
* Format Penyampaian
Huraian terdapat dalam format CD-ROM atau DVD-ROM.
|
 |