PERSENDIRIAN

Lessons For Life – Program Bahasa Inggeris direka untuk membantu sama ada individu yang tidak mempunyai masa untuk menyertai kursus formal bahasa Inggeris atau boleh digunakan seiring dengan kursus berdasar guru sebagai tambahan kepada pelajaran formal.


BELAJAR DENGAN SELESA

Mencari masa dalam jadual anda untuk menghadiri kelas bahasa barang kali tidak mungkin bagi ramai individu. Terima kasih kepada Lessons For Life, anda tidak perlu lagi mengabaikan cita-cita anda menguasai satu bahasa baru. Lessons For Life memberi anda kebebasan untuk menguasai satu bahasa baru mengikut mampu diri anda. Anda belajar dengan selesa tanpa merasa tekanan atau membebankan.

Lessons For Life – Bahasa Inggeris – mengandungi segala yang anda perlukan untuk mula belajar bahasa Inggeris dalam keselesaan rumah atau pejabat anda.


MOTIVASI dan KESUNGGUHAN
Kunci utama mempelajari sesuatu bahasa ialahmotivasi dan kesungguhan. Itulah sebabnya kumpulan LESSONS FOR LIFE telah mencipta bahan-bahan pembelajaran yang sangat merangsang, melibatkan dan inovatif yang ada hari ini.


SERONOK dan MUDAH
Lessons For Life seronok dan mudah digunakan. Kajian dalam awal 1990an di Universiti California menunjukkan ingatan akan bertambah baik apabila ia diiringi oleh keseronokan dan ketawa. CD-ROM dan DVD-ROM kami yang diakui, beranimasi, berinteraktif penuh dan sangat menghiburkan menggabungkan kemahiran teknologi bersama bahan-bahan baru. Rekaan interaktif dan arahan yang diperintis oleh Lessons For Life mengekalkan anda terus terlibat pada tahap optima untuk memudahkan pembelajaran bahasa yang berkesan.


KANDUNGAN
Lessons For Life – Bahasa Inggeris dimajukan oleh sekumpulan guru bahasa Inggeris yang mahir dari universiti-universiti dan sekolah-sekolah Bahasa Inggeris utama. Kandungan perisian kami berdasarkan
sukatan yang diiktiraf antarabangsa bersama piawai loghat pertuturan orang Amerika. Lessons For Life – Bahasa Inggeris menyeluruh dan meliputi semua kemahiran penting.


MENYELAMI
Kaedah menyelami dengan Lessons For Life membolehkan anda menggunakan Bahasa Inggeris keseluruhannya dan secara semula jadi tanpa anda bergantung kepada kemahiran bahasa ibunda anda. Sesiapa sahaja boleh belajar bahasa Inggeris dengan Lessons For Life.

Dengan menggabungkan teknologi interaktif bersama kefahaman mendengar, struktur dan urutan, kesimpulan dan huraian masalah, dan kesediaan untuk bertutur, Lessons For Life menyediakan rangkakerja ideal untuk anda mendapatkan kemahiran bahasa Inggeris.



CARA SEMULA JADI
Pernahkah anda bertanya bagaimana kanak-kanak kecil boleh belajar bahasa baru dengan cepat dan mudah? Satu perkara yang pasti ialah mereka tidak memerlukan buku dan guru untuk melakukannya. Mereka belajar dengan cara SEMULA JADI, dengan menonton, mendengar dan mengulangi. Mereka hanya perlukan keinginan untuk belajar dan sebuah sekitaran yang kaya dengan pengalaman bahasa.

Di LESSONS FOR LIFE, kami menggunakan kaedah semula jadi yang sama untuk membantu anda menjadi mahir dalam bahasa Inggeris. Kami memperkenalkan anda kepada watak yang menunjukkan anda bagaimana bahasa Inggeris digunakan dalam situasi kehidupan sebenar. Anda akan melihat, mendengar dan berlatih perbualan-perbualan yang menarik. Anda akan belajar kosa kata, ungkapan dan sebutan harian. Dengan meniru gaya penutur watan, anda akan belajar bercakap bahasa Inggeris dengan MAHIR.


CARA SAINS
Kami akan mengikuti perbualan dengan aktiviti interaktif yang membolehkan anda berlatih dan meluaskan apa yang telah anda pelajari. Aktiviti-aktiviti ini direka untuk menggerakkan kemahiran bahasa baru anda dengan pantas dan cekap dari memori jangka pendek anda kepada memori jangka panjang anda. Pembelajaran sebenar berlaku hanya apabila maklumat disimpan dalam memori jangka panjang. Apabila ini berlaku, anda boleh menggunakan bahasa Inggeris dengan cara kreatif dan menggunakannya pada situasi baru.


KEMAHIRAN
Program Lessons For Life – Bahasa Inggeris membangun kemahiran khusus yang diperlukan untuk berjaya dalam pembelajaran bahasa Inggeris, termasuk: membaca, menulis, mendengar, bertutur, kosa kata, nahu , dan budaya.




 


 
 

© Copyright 2009 - LESSONS FOR LIFE INTERNATIONAL - www.lessonsforlife.net